KOTA KINABALU: United Kingdom (UK) berhasrat meningkatkan lagi kerjasama dengan Sabah dalam industri pelancongan untuk melonjakkan ketibaan pelancong dari kedua-dua pihak, kata Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry.
Beliau berkata Kerajaan UK telah menyemak nasihat perjalanan ke timur Sabah tahun lepas dan langkah itu penting bagi menarik lebih ramai rakyat British melancong ke Negeri Di Bawah Bayu itu.
"Kami menjadikannya lebih mudah bagi warga British datang ke Sabah untuk bercuti. Kami telah meminda nasihat perjalanan itu. Kami telah mengurangkan kawasan terlibat jadi sekarang anda boleh mengembara menurut nasihat kami ke kawasan yang lebih besar di Sabah dari sebelumnya.
"Jadi, kami berharap sebahagian daripada proses ini menggalakkan pelancongan dan pelancong untuk datang ke sini," kata beliau kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.
Selain daripada pelancongan, beliau berkata United Kingdom juga ingin bekerjasama dengan Sabah dalam bidang-bidang lain seperti perniagaan, perdagangan, pelaburan, iklim dan pemuliharaan alam sekitar.
Pada tahun lepas media melaporkan Kerajaan UK telah menyemak nasihat perjalanannya ke timur Sabah sebagai satu langkah penting yang mencerminkan penambahbaikan dalam keadaan keselamatan di Sabah.
Terry yang fasih berbahasa Melayu berkata ini merupakan lawatan rasmi sulungnya ke Sabah selaku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia tetapi beliau telah melawat negeri ini buat julung kalinya kira-kira 10 tahun lepas dan jatuh cinta dengan keindahannya.
"Saya sangat gembira di sini hari ini, pertama kali saya datang ke sini untuk bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Sabah. Tiga kali saya berada di Sabah, sangat cantik dan satu tempat yang unik," katanya.
Sementara itu, Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan berkata Terry juga melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, semalam.
"Antara isu yang dibincangkan ialah mengukuhkan lagi hubungan, meningkatkan perdagangan dan pelaburan daripada syarikat British di Sabah, membawa universiti British untuk membuka cawangan di Sabah, program ijazah berkembar dengan Kolej Universiti Yayasan Sabah, keselamatan dan pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Tun Juhar menerima kunjungan Terry di Istana Sri Kinabalu, Kota Kinabalu, 27 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan Daily Telegraph dan Spectator oleh kumpulan yang disokong oleh UAE.
UK ingin tingkatkan lagi kerjasama dengan Sabah lonjakkan ketibaan pelancong - Pesuruhjaya Tinggi
Kerajaan UK menyemak nasihat perjalanan ke timur Sabah tahun lepas bagi menarik lebih ramai rakyat British melancong ke negeri itu.
Hidap kanser, Raja Charles III ucap terima kasih atas sokongan
Raja Charles meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyokong atas keperhatian mereka setelah didiagnosis kanser.
H.R. Owen pengedar terbaharu jenama kereta Lotus di UK
H.R. Owen menjadi peruncit terbaharu bagi jenama Lotus di UK, memperkenalkan model seperti Evija, Emira, Eletre dan Emeya.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Kapal persiaran Norway alami masalah navigasi di Laut Utara akibat ribut
Kapal itu yang berlayar dari bandar Floro di Norway ke bandar pelabuhan Tilbury di UK menghadapi masalah navigasi akibat ribut Pia.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.